Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

"Jangan Terpedaya…"-Datuk Seri Siti Nurhaliza Beri Amaran!

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mendedahkan bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak menjual tiket bagi menyaksikan konsert solonya yang akan diadakan pada 16 Mac ini.

Published

on

Sehubungan itu, penyanyi yang mesra dengan panggilan Tok Ti itu memberi amaran kepada peminatnya agar berhati-hati dan jangan terpedaya dengan penipuan tiket palsu itu.

“Jangan terpedaya dengan scammer yang menjual tiket konsert saya. Hati-hati ya!,” tulisnya di Instagram.

Untuk pengetahuan, tiket konsert berkenaan yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu telah habis dijual.

Sebelum ini, Tok Ti telah menjelajah ke dua buah negara bagi siri konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour iaitu di Istora, Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 February dan Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac lalu.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest