Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Janna Nick Dikecam lagi???

Baru-baru ini gelagat pelakon dan pengacara, Janna Nick sekali lagi mencuri perhatian netizen dalam rancangan Melodi yang bersiaran Ahad lalu. 

Published

on

Baru-baru ini gelagat pelakon dan pengacara, Janna Nick sekali lagi mencuri perhatian netizen dalam rancangan Melodi yang bersiaran Ahad lalu.

“Bini dia cekak pinggang la pulak…LARIKKKKKK…(till jannah you both).” tulis Janna menerusi laman Instagram miliknya.

Dikritik sebagai gedik, ramai yang tidak berpuas hati apabila melihat aksi Janna yang dianggap keterlaluan terhadap suami Elfira Loy iaitu Faris Khairol Anuar ketika menjadi tetamu jemputan dalam program hiburan itu.

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram juga turut berpesan kepada Janna agar dia menjaga tingkah laku dan menghormati Elfira sewaktu mengacarakan program tersebut.

Namun, Janna tidak menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa memandangkan ini bukan pertama kali dia dikecam.

Mungkin juga Janna tidak berniat untuk berkelakuan sebegitu kerana ia hanya berlaku secara spontan. Apa pun, tak salah jika ingin menegur namun setiap manusia melakukan kesilapan, betul tak?

Semoga Janna lebih berhati-hati ya dalam mengacara selepas ini.

 

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest