Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Janna Nick ‘Sapu’ Semua Job, Tak Kisah Dibayar Rendah

Orang utara kata, baluuun semua!

Published

on

Ahad lalu, pelakon kelahiran Kedah Janna Nick diumumkan sebagai Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH 32 menewaskan emapat calon lain iaitu Alif Satar, Mira Filzah, Siti Nordiana dan Zizan Razak.

View this post on Instagram

“ Saya pun tak sangka saya versatile 😂” Thanks semua yang undi ! #abpbh32 Love you ❤️ Makeup : @sharhimkhan Hair: @ckayliow Heartbeats : @janna_nicker 💜

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Bercerita tentang bagaimana Janna mengekalkan popularitinya dalam industri hiburan, kuncinya adalah dengan merebut semua peluang tanpa berkira soal bayaran.

“Kemungkinan kemenangan kali ini disebabkan saya tamak merebut semua peluang yang ada selain tak pernah demand dengan harga tawaran lakonan.

“Walau tidak dibayar dengan harga yang tinggi, asalkan muka saya banyak dan bersepah,” kata Janna.

Sementara itu, pelakon drama Bukan Cinta Aku itu juga mengakui belum berpuas hati dengan prestasinya dalam bidang seni.

“Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri.

“Apa yang saya boleh lakukan ialah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik,” ujar Janna lagi.

Teruskan usaha Janna! Bak kata omputeh “Practice makes perfect”.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest