Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Ji Sung Serba Boleh

Ji Sung bawa watak genius dan angkuh dalam Doctor John.

Published

on

Penggemar cerita Korea sudah pasti kenal dengan bintang popular Korea Selatan, Ji Sung.

Berilah apa saja watak seperti romantik, serius, lasak mahupun psiko kepadanya, Ji Sung sudah pasti mampu menjayakan lakonannya dengan baik.

Terbaru, Ji Sung mencuri tumpuan apabila tampil dengan drama Doctor John sebagai pakar anestesia, Cha Yo Han.

Drama perubatan 32 episod adaptasi novel Jepun berjudul On Hand of God itu sudah menemui penonton pada 19 Julai lalu.

Kali ini, Ji Sung bergandingan dengan pelakon cantik Lee Se Young yang melakonkan watak Kang Shi Young, doktor muda yang amat mengagumi kebolehan Yo Han.

Yo Han digelar doktor ‘10 saat’ kerana mampu mengenal pasti masalah pesakit dalam tempoh yang singkat.

Drama Doctor John diarahkan oleh Jo Soo Won, turut menonjolkan sisi lain Ji Sung apabila dia membawa karakter doktor angkuh, namun seorang yang genius.

Antara drama lain lakonannya adalah All In (2003), Save The Last Dance For Me (2004), Protect the Boss (2011), Secret Love (2013), Kill Me, Heal Me (2015), Entertainer (2016), Innocent Defendant (2017) dan Familiar Wife (2018).

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest