Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik

"Jika Terasa, Kami Tak Boleh Buat Apa." – Drama Band Minta Maaf

Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza menegaskan jalan cerita dalam muzik video terbaru mereka, Drama, adalah rekaan semata-mata

Published

on

“Kalau ada yang terasa hati, kami minta maaf. Niat kami hanya untuk menyampaikan cerita, namun peminat beranggapan ia berkait rapat dengan kontroversi yang pernah melanda industri hiburan.
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza , berkata, dia tidak berniat menyindir mana mana rakan selebriti, dan menegaskan jalan cerita dalam muzik video terbaru mereka, Drama, adalah rekaan semata-mata.
Sejak melancarkan muzik video lagu itu pada 15 Februari lalu, Drama Band ‘diserang’ netizen yang mempertikai jalan cerita dipaparkan seperti mempersenda beberapa selebriti yang pernah berdepan kontroversi.
Muzik video itu mendapat perhatian bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan penyanyi, Haqiem Rusli yang mengakui, terkesan dengan babak dipaparkan.
Walau ada segelintir netizen mengecam tindakan kumpulan itu, ramai juga yang memberi komen menyukai lagu itu.
Aepul berkata, jika diamati secara teliti, muzik video itu mempunyai mesej tersendiri menerusi karakter badut yang cuba menutup keburukannya dengan menggunakan watak sensasi di sekelilingnya.
“Biarpun dikecam, ramai yang memberikan komen, mereka suka dengan lagu itu. Tidak kurang yang menyifatkan, mesej lagu kami menarik, cuma tidak selesa dengan konsep muzik video. Tidak mengapa, kami terbuka dengan kritikan,”.
Lagu Drama kini Trending di YouTube.

 

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest