Connect with us
You Da Boss

Inspirasi

“Jom Ambik Gambar. Uncle Belanja…” Semoga Murah Rezeki Bro Ini!

Hari ni kita tolong orang, esok orang tolong kita pula.

Published

on

Pejam celik-pejam celik dah nak dekat hujung tahun dah kan?

Biasanya kanak-kanak berumur enam tahun akan dipakaikan jubah konvokesyen sebagai tanda kejayaan di tadika sebelum mereka melangkah masuk ke alam sekolah rendah.

Baru-baru ini, tular kisah seorang pengguna Twitter, Irwan yang berkongsi kisah sedih apabila keinginan seorang kanak-kanak untuk mengambil gambar selepas konvo tidak dapat dipenuhi oleh bapanya yang kurang berkemampuan.

Irwan yang mengakui pernah mengalami fasa kesusahan dalam hidup kemudian tidak sampai hati melihat kanak-kanak itu berasa sedih lalu menghulurkan bantuan kepada keluarga susah itu.

Jom ikuti cerita ringkas oleh Irwan menerusi status Twitter miliknya.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian netizen dengan rata-ratanya meluahkan rasa terharu dengan tindakan mulia jejaka ini kerana menceriakan hari kanak-kanak tersebut.

Semoga artikel ini memberi inspirasi untuk kita sentiasa berbuat baik sesama manusia dan semoga Irwan dimurahkan rezeki selalu.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest