Connect with us
Selamat Hari Raya

Eksklusif

Jom Cuba Buat Kuih Raya Guna Bahan Istimewa Ni, Yang Penting Mudah & Sedap!

Takkan bakar kuih yang sama je. Jom la try pelbagai kuih raya dari hati dekat bawah ni. Senang diikuti dan sedap jugaklah masuk dalam perut!

Published

on

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Cadbury Dairy Milk iaitu jenama coklat yang komited untuk membantu golongan yang memerlukan di saat-saat yang mencabar ini ingin menyebarkan kebaikan melalui kempen #KuihRayaDariHati . Jenama ini bekerjasama dengan Food Aid Foundation (Badan Bukan Kerajaan) sambil memperluas usahanya untuk mengedarkan makanan dan keperluan kepada golongan yang memerlukan. Kempen ini melibatkan penyertaan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama buat kuih raya sambil beramal.

Kempen #KuihRayaDariHati adalah peluang untuk anda menyebarkan kebaikan pada bulan Ramadan dan Aidilfitri ini termasuklah dengan membakar kuih dengan menggunakan Cadbury Dairy Milk. Bagi setiap penyertaan anda melalui posting di Instagram, Cadbury akan menghantar bungkusan khas dalam bentuk pek perayaan termasuklah kuih raya Cadbury Dairy Milk, keperluan asas dan duit raya untuk keluarga B40 atau yang kurang bernasib baik supaya perayaan Raya 2021 mereka akan jadi lebih bermakna dengan Cadbury Dairy Milk!

Jom ikut langkah mudah kempen #KuihRayaDariHati untuk sebarkan lagi kebaikan anda dengan menggunakan cara cara ini:

  1. Guna resepi kuih raya yang kami senaraikan atau lawati resipiraya.cadburyoreo.com.my untuk lebih banyak resepi ringkas yang boleh dicuba
  2. Muat naik hasil kuih raya korang ke laman media sosial dan gunakan tanda pagar #KuihRayaDariHati dan tag @Cadbury_MY [Tertakluk kepada paparan awam di Instagram sahaja, program akan tamat pada 12 Mei 2021]
  3. Bagi setiap penyertaan, Cadbury bakal menghantar bungkusan khas untuk keluarga yang memerlukan. Setiap bungkusan mengandungi barang-barang keperluan asas, duit raya dan juga kuih raya Cadbury.

Bakar je #KuihRayaDariHati dengan Cadbury Dairy Milk!

1. TART COKLAT CADBURY

    

Bahan-bahan:

  • 250gram mentega
  • 250gram tepung gandum
  • 50gram gula aising
  • 100gram tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 25 biji CADBURY DAIRY MILK NEAPS 4.5G
  • Kuning telur + sedikit pewarna oren/kuning – untuk disapu atas doh

Cara penyediaan:

  1. Di dalam mangkuk pengadun, menggunakan spatula, pukul mentega, gula aising dan esen vanila hingga sebati.
  2. Ayak semua jenis tepung lalu masukkan ke dalam adunan tadi.  Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika doh terlalu lembik, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum.
  3. Terap doh ke dalam loyang menggunakan acuan tart gulung.
  4. Letakkan CADBURY DAIRY MILK NEAPS ke dalam doh lalu gulung dengan kemas.
  5. Letakkan tart coklat CADBURY dalam dulang pembakar yang telah disapukan dengan mentega atau alas dengan parchment paper.
  6. Sapu campuran kuning telur dan pewarna oren/kuning di atas doh.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15-20 minit atau hingga biskut kekuningan.

2. KEK BATIK COKLAT CADBURY

Bahan-bahan A (kek) :

  • Bahan-bahan A (kek) :
  • 400gram biskut McVitie’s Digestive – patah-patahkan
  • 250gram biskut OREO Cookies Original – buang krim & patah-patahkan
  • 200gram mentega
  • 1 ½ cawan serbuk koko
  • ½ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan air panas
  • 1 biji telur – gred A
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan B (ganache):

  • 200gram krim putar
  • 2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan C (hiasan):

  • 1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT – potong kasar

Cara penyediaan:

  1. Di dalam kuali, satukan susu pekat manis, serbuk koko dan mentega. Cairkan hingga semua bahan sebati.
  2. Masukkan air panas, telur dan esen vanila. Kacau hingga bancuhan berkilat.
  3. Masukkan biskut McVitie’s Digestive dan OREO sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan parchment paper lalu mampatkan.
  5. Sejukkan dalam petisejuk selama sejam.
  6. Sementara itu, untuk membuat ganache (topping); Panaskan krim putar dalam microwave selama 1 minit. Masukkan cincangan coklat CADBURY, mentega dan esen vanila. Kacau hingga semua bahan sebati.
  7. Keluarkan kek dari peti sejuk, buang parchment paper. Tuang ganache tadi dan ratakan atas kek. Hias kek dengan CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT yang di potong kasar.

3. SEMPERIT COKLAT CADBURY

Bahan-bahan:

  • 250gram mentega
  • 400gram tepung jagung
  • 1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) – cairkan
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • ½ sudu makan tepung beras
  • 1 biji kuning telur – gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Manik gula – untuk hiasan

Cara penyediaan:

  1. Di dalam mangkuk pengadun, dengan menggunakan spatula, pukul mentega, susu pekat manis dan esen vanilla hingga sebati (jangan terlebih pukul).
  2. Masukkan CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) yang telah dicairkan. Kacau sebati.
  3. Masukkan serbuk koko, tepung jagung, tepung kastard dan tepung beras yang kesemuanya telah diayak terlebih dahulu.  Gaul sebati.
  4. Terap doh mengikut acuan membentuk bunga dahlia. Hias dengan manik gula.
  5. Bakar doh di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20-25 minit.

4. KEK CHEESE LELEH COKLAT CADBURY

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri – ayak
  • ½ cawan air panas
  • ½ cawan minyak sayur
  • 2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan gula kastor
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 2 biji telur  – gred A
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Keju cheddar KRAFT secukupnya  – untuk hiasan
  • 1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK BLACK FOREST  – untuk hiasan & cincang
  • 250gram PHILADELPHIA cream cheese
  • ½ cawan susu pekat manis
  • ¼ cawan susu segar
  • 1 sudu makan jus lemon

Cara penyediaan:

  1. Satukan CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) bersama mentega lalu cairkan dengan kaedah ‘double boil’.
  2. Pukul telur bersama gula dan susu pekat manis hingga kembang dan lembut.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan minyak. Gaul sebati.
  4. Masukkan coklat CADBURY yang telah dicairkan, serbuk koko, air panas dan esen vanila lalu gaul sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam bekas tahan panas.
  6. Kukus kek selama 25-30 minit atau hingga masak dan sejukkan.
  7. Sementara itu, pukul PHILADELPHIA cream cheese bersama susu pekat manis hingga agak lembut dan kembang. Tuang susu segar dan jus lemon lalu pukul lagi hingga sebati.
  8. Tuang adunan cream cheese ke atas kek yang dah sejuk tadi. Tabur parutan keju cheddar KRAFT dan cincangan CADBURY DAIRY MILK BLACK FOREST. Sejukkan.

5. ALMOND LONDON COKLAT CADBURY

Bahan-bahan A:

  • 300gram tepung kek
  • 170gram mentega
  • 60gram gula kastor
  • 20gram serbuk badam kisar
  • Cincangan badam panggang – untuk hiasan

Bahan-bahan B:

  • 2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)

Bahan-bahan C:

  • 1 bar CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT atau CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT – potong kecil

Cara penyediaan:

  1. Pukul mentega bersama gula kastor hingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek dan serbuk badam kisar. Gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit doh, leperkan lalu letakkan potongan CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT atau CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT ke dalam doh tadi. Kemaskan doh dan bentukkan menjadi lonjong.
  4. Bakar doh dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit. Sejukkan biskut.
  5. Sementara itu, cairkan bahan-bahan B menggunakan kaedah ‘double boil’ hingga licin dan berkilat.
  6. Celup biskut yang telah disejukkan tadi ke dalam coklat lalu buang lebihan coklat dan letakkan biskut ke dalam cawan kertas. Hias dengan cincangan badam panggang.

Banyak lagi resepi kuih raya istimewa untuk yang tersayang di Aidilfitri nanti di SINI. SELAMAT MENCUBA SEMUA! #KUIHRAYADARIHATI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest