Home > #PenaHot > Jom jumpa Song Joong Ki petang ni di Pavillion

Jom jumpa Song Joong Ki petang ni di Pavillion

 

Okay hari yang ditunggu kini telah tiba. Siapa yang beruntung jumpa Song Joong Ki di Pavilion petang ni boleh kongsikan gambar anda bersama Joong Ki lepas ni okay.

Joong Ki datang ke Malaysia hari ini sempena tayangan gala filem baru lakonannya, The Battleship Island.

 

 

Joong-ki bersama pengarah filem bercorak aksi dan sejarah itu, Ryoo Seung-wan, dan dua pelakon lain iaitu Hwang Jung-min serta So Ji-sub berada di negara ini sempena promosi jelajah naskhah berkenaan di Asia Tenggara.

 

 

Sebelum ini, nama Joong-ki menyerlah apabila drama bersiri lakonannya, Descendants of the Sun, meraih sambutan luar biasa hingga turut menjadi sebutan di negara luar.

Menghangatkan lagi popularitinya apabila baru-baru ini beliau mengumumkan pertunangan dengan teman gandingan dalam drama sama, Song Hye-kyo. Mereka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 31 Oktober depan.

 

 

Sementara itu, The Battleship Island adalah antara filem berbajet besar yang ditunggu-tunggu ramai, malah hingga kini sebanyak 113 negara bersedia menayangkannya.

Ia mengangkat kisah benar yang berlaku ketika Perang Dunia ke-2 mengenai buruh paksa Korea yang dikerah bekerja di sebuah lombong arang batu milik tentera Jepun di pulau Hashima.

Pulau berkenaan sebenarnya adalah kapal besar yang menjadi pusat operasi melombong arang batu dasar laut, lengkap tempat tinggal dan pusat pelacuran khusus untuk tentera.

Filem terbabit dijadualkan tayangannya di negara ini bermula 17 Ogos.

 

 

Okay, siapa yang nak jumpa Joong Ki? Jom!

 

 

Sumber : BHOnline