Connect with us
Selamat Hari Raya

Drama

Jom Layan Drama Menarik Sempena Ramadan Di TV3!

Check it out!

Published

on

Kehadiran bulan Ramadan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam akhirnya berkunjung tiba.

Biarpun Ramadan kali ini disambut dengan cara berbeza susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), TV3 akan terus menghiburkan penonton dengan koleksi drama yang bermanfaat sepanjang bulan mulia ini.

Check it out!

1. 3o Pesanan Suara

Drama ini menampilkan gandingan Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha. Ingat lagi tak? Sempena Ramadan, drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies & Trading ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi di TV3.

Antara barisan pelakon lain yang terlibat dalam drama 30 episod ini termasuklah Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle dan Isaac Iman.

2. Pia

Drama ini mengisahkan tentang Pia lakonan Zara Zya yang terlalu sayangkan adiknya, Budi yang OKU lakonan Naim Daniel. Dalam cerita ini, penonton juga dapat melihat lakonan mantap Alif Satar. Rugi kalau tak tengok! Setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang.

3. Cari Aku Di Syurga

Ada tak antara anda yang pernah mengikuti drama ini? Cari Aku Di Syurga menampilkan gandingan Ariel Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana. Drama 15 episod arahan Shahrulezad Mohamedin ini akan menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis jam 6 petang.

4. Diari Ramadan Rafique Reunion

Rafique masih bujang dan menetap dengan nenek di kampung. Rafique membuka bengkel membaiki kereta di kampungnya secara kecil-kecilan. Maisara yang kini telah berusia 19 tahun, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti tempatan. Nenek yang kesunyian  mengambil upah menjaga 4 orang anak-anak kejiranan.

Nak tahu lebih lanjut kena lah tengok drama ini setiap Ahad jam 7 malam. Saksikan lakonan hebat Normah Damanhuri, Roy Azman, Rozita Che Wan,  dan Elly Mazlein. Confirm best punya!

5. Semerah Cinta Humairah

Humairah lakonan Janna Nick meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir (Fahrin Ahmad). Shahir yang tidak teruja, bersetuju berkahwin dengan Humairah walaupun dia mempunyai kekasih iaitu Camelia (Wan Sharmila).

Salah seorang pelakon drama Semerah Cinta Humairah iaitu Wan Sharmila juga ada mengajak peminat di Instagram untuk menonton drama lakonannya ini.

Jadi, jangan lupa standby depan TV setiap Sabtu dan Ahad, jam 11 malam di TV3 okay!

Semoga senarai drama menarik ini dapat memberi teladan dan pengajaran berguna buat penonton sepanjang bulan Ramadan ini.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest