Connect with us
Duit Dari Kayangan

Konsert

Jom Tonton Hot FM X Konsert Rumah Kita Syurga Kita

Nantikan!

Published

on

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dari 18 Mac 2020, pelbagai aktiviti seperti program masakan, nasihat, nyanyian dan banyak lagi dapat kita tonton lebih-lebih lagi menerusi laman sosial masing-masing.

Turut tidak ketinggalan, barisan penyanyi dan selebriti rata-rata mengambil kesempatan berkenaan dengan bernyanyi secara langsung di laman Instagram milik masing-masing, merakam lagu secara ‘cover version’ dan banyak lagi.

Atas inisiatif itu, syarikat rakaman 17Eleven Music telah tampil dengan idea segar apabila membawakan Hot FM X Konsert Rumah Kita Syurga Kita, pada 15 April 2020 jam 3 petang melalui saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Bertepatan dengan tagline Muzik Paling Hangat, siri dua dan tiga konsert ini turut menampilkan barisan penyanyi popular dengan lagu hangat mereka.

Antara artis yang akan terlibat pada 15 April ini termasuklah Achey, Izaan, Adzrin, Neon, Izzal Anuar dan Adly Sofwan.

Klik link ini untuk terus ke Konsert Rumah Kita Syurga Kita yang di bawa khas oleh 17Eleven Music dan Hot FM disokong oleh Donna, Lunaria dan TheLaki.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest