Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Filem

Jom Tonton Warna Warni Trolls 12 Mac Ini

Trolls mana menjadi kegemaran anda?

Published

on

Sekuel filem animasi Trolls yang diberi judul Trolls World Tour bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 12 Mac 2020.

Trolls World Tour diarahkan oleh Walt Dohrn bersama David P Smith, sekali lagi mengisahkan tetang dua sahabat baik iaitu Poppy dan Branch serta kawan-kawannya.

Untuk pengetahuan, watak Poppy dan Branch masih menggunakan suara selebriti Anna Kendrick dan Justin Timberlake.

Manakala barisan pelakon lain yang meminjamkan suara mereka untuk filem Trolls World Tour ini adalah seperti berikut:

James Corden sebagai Biggie
Caroline Hjelt sebagai Chenille
Ron Funches sebagai Cooper
Kunal Nayyar sebagai Guy Diamond
Rachel Bloom sebagai Ratu Barb
Kenan Thompson sebagai Tiny Diamond
Anthony Ramos sebagai Raja Trollex
Karan Soni sebagai Riff
Flula Borg sebagai Dickory
Jamie Dornan sebagai Chaz
Kelly Clarkson sebagai Delta Dawn
Sam Rockwell sebagai Hickory
Ozzy Osbourne sebagai Raja Thrash
Mary J Blige sebagai Ratu Essence
J Balvin sebagai Tresillo
Gustavo Dudamel sebagai Trollzart
George Clinton sebagai Raja Quincy
Ester Dean sebagai Legsly

Trolls World Tour bermula apabila Poppy dan Branch menemui enam suku trolls berbeza yang tersebar di enam negeri berbeza.

Setiap suku juga dikhususkan untuk enam jenis muzik yang berbeza seperti funk, country, techno, clasic, pop dan rock.

Queen Barb (Rachel Bloom) dan ayahnya, King Thrash (Ozzy Osbourne) ingin memusnahkan semua genre muzik demi kuasa.

Poppy dan Branch kemudian merancang untuk menyatukan trolls ditemani temannya Biggie, Chenille, Satin, Cooper, dan Guy.

Untuk itu, misi bermula.

Percayalah, teknik grafik dan warna-warni yang menghiasi filem ini mampu memancing hati penonton terutama kanak-kanak.

Setiap watak trolls yang diwarnai dengan pelbagai karakter juga meletakkan ia sebagai sebuah filem animasi yang memiliki jiwanya tersendiri.

Secara keseluruhan, filem Trolls World Tour sarat dengan mesej positif yang menekankan aspek kasih sayang, semangat setia kawan, kekeluargaan serta hormat-menghormati antara satu sama lain.

Selain itu, ia juga membuktikan muzik mampu menyatukan puak trolls yang sebelumnya berpecah belah.

Bagi anda yang gemarkan muzik dan animasi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem daripada produksi DreamWorks Animation, Trolls World Tour di pawagam berdekatan!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest