Home > #PenaHot > Jovian Mandagie Kongsi Maksud Disebalik Nama Jeanelle Nika

Jovian Mandagie Kongsi Maksud Disebalik Nama Jeanelle Nika

1 November 2017 merupakan detik yang terindah buat pasangan popular Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri apabila melahirkan anak pertama yang diberi nama Jeanelle Nika Mandagie. Amboii sedapnya nama!

Nama bayi perempuan Jovian dan Nina ternyata mendapat perhatian dan buah mulut orang ramai. Tapi tahukah anda kenapa Jovian beri nama yang indah untuk anak perempuannya itu?

Jeanelle terinspirasi dari perkataan Jannah tetapi diubah suai untuk mendapatkan sebutan yang lebih menarik, manakala Nika bermaksud kejayaan.

Alhamdulillah, selesai majlis tahnik anak saya Jeanelle Nika Mandagie @princessmandagie semalam, terima kasih kepada Ustaz Badri yang telah mengetuai majlis yang sederhana ini serta keluarga yang telah menyempurnakan majlis dengan kehadiran semua. Banyak yang bertanya makna di sebalik nama anak kami, Jeanelle mulanya terinispirasi dari perkataan “Jannah” tetapi di ubah suai untuk mendapatkan sebutan yang lebih menarik menjadi “Jeannelle” yang membawa maksud mulia, manakala “Nika” pula membawa maksud Kejayaan. “Mandagie”, pula maknanya Haute Couture 😝. Mudah-mudahan dengan makna yang baik ini anak kami menjadi anak yang soleha, sayang pada ibu dan bapa dan taat kepada agama. InsyaAllah, terima kasih kepada semua yg memberikan ucapan yang baik-baik belaka. May god bless you all with your kind wishes, and i wish you all the same insyaAllah

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on

Jovian turut mendedahkan nama anaknya itu menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Meet our little Princess, Jeanelle Nika Mandagie @princessmandagie

Lebih menarik lagi, pereka fesyen terkenal berkenaan dan isterinya turut mewujudkan akaun instagram buat puteri sulungnya @princessmandagie yang kini memiliki lebih 31,000 pengikut.

Akaun tersebut telah diwujudkan oleh pasangan berkenaan sebelum kelahiran Jeanelle lagi.

Dalam pada itu, Jovian dan Nina juga berkongsi beberapa foto majlis bertahnik menerusi Instagram Jeanelle.

 

Princess’s Tahnik Ceremony with the family ❤️

A post shared by Jeanelle Nika Mandagie (@princessmandagie) on

Apa-apa pun semoga Jeanelle terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply