Connect with us
You Da Boss

Onz

Juliana Evans Tunai Umrah Bersama Suami

Alhamdulillah..

Published

on

Pelakon dan pengacara jelita Che’ Puan Juliana Evans dan suaminya Tengku Sharifuddin Shah selamat tiba di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Perkara berkenaan dikongsi menerusi ruangan Instastory miliknya yang memohon maaf kepada semua kenalan sekiranya terdapat salah silap atau kekhilafan yang dilakukan selama ini.

“Kami dapat menjadi tetamu Allah tahun ini untuk mengerjakan umrah. Mohon ampun semua jika ada salah silap,” tulisnya.

Pelakon yang popular menerusi telemovie Kami 30 itu turut terpaksa meninggalkan anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang berusia tiga bulan buat sementara waktu.

Rata-rata rakan selebriti dan peminatnya turut mengucapkan syukur dan berharap supaya pasangan tersebut akan memperoleh umrah yang mabrur.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest