Connect with us
Projek Radio

Drama

K-Drama Wajib Tonton Bulan Ini!

Woah! Bestnya drama kali ini!

Published

on

Drama Korea memang tidak pernah mengecewakan.

Setiap bulan pasti akan ada drama baru yang akan disajikan untuk peminat K-Drama tidak kisah dari genre apa pun. 

Kali ini, kami ada beberapa K-Drama wajib tonton yang terbaik dan khas untuk anda.

RECORD OF YOUTH

Record of Youth adalah drama remaja yang romantis mengenai kehidupan anak muda dalam industri pemodelan dan juga perjalanan hidup mereka dalam mengejar impian. Sa Hye Joon adalah seorang lelaki tampan dan ramah mempunyai impian untuk menjadi model dan pelakon tetapi banyak halangan. Satu hari dia berjumpa dengan Ahn Jung Ha seorang juru solek yang juga peminat Sa Hye Joon dan mulai saat itu bermula kisah mereka.

18 AGAIN

Diinspirasikan dari filem Amerika 17 Again yang pernah dibintangi oleh Zac Efron. 18 Again mengisahkan seorang suami yang berada di ambang perceraian setelah mendapati dirinya kembali dalam tubuhnya 18 tahun yang lalu.

PRIVATE LIVES

Private lives menceritakan tentang Cha Joo Eun, seorang penipu yang sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan sesuatu dalam hidup. Sampai satu hari, dia terjumpa dengan Lee Jung Hwan seorang yang nampak seperti pekerja pejabat biasa tetapi sebenarnya lelaki misteri, Jung Bok Gi iaitu penipu profesional dan Kim Jae Wook iaitu seorang penipu yang penuh dengan cita-cita yang juga rakan perniagaannya dan mereka menemukan satu rahsia besar dan bakal menggerakkan semua teknik mereka untuk membongkarkannya dengan menentang syarikat besar.

WHEN I WAS THE MOST BEAUTIFUL

Drama ini berkisar tentang Oh Ye Ji seorang ahli karya seramik yang terjebak dalam cinta segitiga dengan dua beradik, Seo Hwan dan Seo Jin. Seo Hwan adalah seorang pereka seni bina yang jatuh cinta pada Oh Ye Ji pada pandangan pertama tetapi saudaranya Seo Jin, seorang pemandu kereta lumba dan ketua pasukan, juga mempunyai perasaan terhadap Ye ji.

Jadi K-Drama mana satu pilihan yang akan anda tonton?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest