Selebriti
K-Pop Idol Ini Paling Laris Jadi Watak Fan Fiction
Berangan sekali sekala tak salah, kan ia percuma!
Fan fiction adalah sebuah cerita yang direka secara fiksyen dan watak utama dalam fan fiction atau lebih mudah dipanggil ‘fanfic’ ini biasanya diambil dari selebriti atau artis ternama.Â
Dulu, sebelum ada media sosial mereka menerbitkannya menerusi Blog, Wattpad, dan laman web lainnya.
Namun, penulis kini lebih selesa berkongsi fan fiction yang direka di Instagram dan Twitter.Â
Tidak terlepas dengan selebriti K-Pop, nama dan imaginasi fan fiction terhadap diri mereka juga kadang-kala terlibat dalam cerita fiksyen.
Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh baca kadang-kala jalan cerita penulis juga tidak kurang hebat dan luar biasa.Â
Jadi, jom lihat K-Pop idol yang mana paling laris menjadi pilihan watak dalam fan fiction.
JUNGKOOK BTS
Antara watak yang sentiasa menjadi pilihan penulis fan fiction, Jungkook BTS yang selalu dijadikan hero dalam cerita fan fiction dan antara karakter yang selalu diberi kepada Jungkook adalah college boy, mafia, bad boy, cold boyfriend dan gamers. Boleh relate ke tidak?
JACKSON GOT7
Selalu dipilih menjadi watak cameo dalam cerita fan fiction, Jackson GOT7 biasanya akan dijadikan sebagai watak best friend kepada heroin: your name (Y/N) iaitu watak yang diberi kepada pembaca. Selain menjadi best friend, watak Jackson juga selalunya akan dijadikan sebagai watak bekas kekasih kepada Y/N. Kesian betul Jackson, haha…
JIMIN BTS
Jika anda sebagai peminat yang ingin berangan dan berimaginasi secara percuma untuk mempunyai kekasih yang sweet, dan ada perwatakan sempurna serta memiliki boyfriend or husband materials.
Boleh cuba untuk baca fan fiction dengan watak utama Jimin BTS. Namanya selalu dijadikan sebagai seorang kekasih yang sempurna tetapi itu dalam cerita fan fiction sahaja ya…
MARK NCT
Tidak lengkap sebuah jalan cerita tanpa watak antagonis. Mark NCT selalunya akan dipilih sebagai watak tersebut sebagai contoh kawan yang nakal atau bekas kekasih yang jahat.
Sebenarnya jika dalam realiti memang jauh berbeza sangat watak Mark NCT dengan sifat dan karakter dirinya.
Jadi, itu adalah beberapa K-Pop idol yang selalu menjadi pilihan utama sebagai watak dalam fan fiction.
Walau bagaimanapun, jika anda adalah salah seorang pembaca dan peminat fan fiction kena ingat bahawa ini hanya rekaan penulis semata-mata.
Jangan pernah ambil serius dan anggap itu adalah sifat mereka dalam dunia realiti kerana sebenarnya watak yang direka itu memang tiada kena mengena dengan yang hidup, mati dan memang jauh berbeza dengan apa yang ditulis dalam fan fiction.
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya