Home > #PenaHot > Kajol Cetus Histeria di Media Prima!

Semalam, pelakon terkenal Bollywood, Kajol tiba di Malaysia untuk mempromosi filem lakonan terbaharunya berjudul Velaiilla Pattadhari 2 (VIP 2). Tetapi sebelum dia pergi ke lokasi promosi di jalan Masjid India, Kajol singgah ke konti Hot FM dan Kool FM, untuk sesi temubual bersama penyampai radio Hot FM Ajak, Fizie dan Shuk, serta rakaman program Mega Hindi Kool FM bersama Andy Hakim.

Sebelum Kajol tiba lagi, ramai dah berkerumun di luar konti radio Media Prima, menantikan kehadiran bintang Bollywood itu.

Dan sekitar jam 5.30pm, Kajol pun sampai, sekaligus mencetus hysteria di kalangan peminat.

Yeay!! Kajol is at our office. Nampak beriya kan? Kakak nervous tak tekan dik. Goyang 🤣🤣🤣🙈

A post shared by fizasabjahan (@fizasabjahan) on

Kajol memulakan sesi temubual bersama Geng Pagi Hot, Ajak, Fizie dan Shuk selama 30 minit. Pada mulanya, Kajol memang kelihatan seperti kepenatan sejurus tiba di konti radio, mungkin disebabkan jadual yang padat bermula pagi. Tapi, bila bertemu je Geng Pagi Hot, mood Kajol memang terus berubah, tampak ceria dan selesa dengan ketiga tiga mereka yang mengendalikan segmen itu. Tengok lah ni Geng Pagi Hot berinteraksi dalam Bahasa Inggeris dengan Kajol

Ini antara gambar-gambar dan video sekitar temubual bersama mereka:

Selepas itu dia meneruskan rakaman untuk program Mega Hindi Kool FM bersama Andy Hakim. Sesi juga berlangsung sekitar 30 minit.

 

Nak ingatkan je , Esok malam #MegaHindiKoolFM 10-12 tghmalam special @kajol & @andyhakimibrahim

A post shared by Kool FM (@koolfmmy) on

Tengok lah aksi hysteria kalangan warga kerja Media Prima yang berjaya menghidu kehadiran Kajol ke premis itu. Memang berita mengenai kemunculan Kajol tidak dihebahkan kepada platform lain, mungkin bertujuan untuk mengawal situasi dengan lebih baik, sekiranya ada yang hysteria lain macam nanti kan?

Kajol dtg opis oiii!!! #dilwalekejap

A post shared by Mior Abdul Malek Raiyani (@miorabdulmalekraiyani) on

Tapi, kalau dah superstar yang datang, dan superstar itu ialah aktes Bollywood Kajol, bintang kesayangan ramai sejak filem Kuch Kuch Hota Hai dan filem Dilwale, berita kehadiran Kajol memang tersebar pantas lah dan tak dapat dibendung lagi. Havoc habis!

 

Sejurus habis sesi temubual dan rakaman, kajol terus meninggalkan premis Media Prima untuk ke Jalan Masjid India, bagi acara meet and greet filem terbarunya VIP2, acara meet and greet terbesar di Malaysia. Majlis promosi filem ini dikendalikan oleh Sarancak dan Ananda. Kajol siap suap kek untuk dua dua orang emcee ni. Untunglah dapat makan kek dengan Kajol.

Sedikit paparan sekitar majlis meet and greet semalam:

Sedikit paparan dalam Buletin Utama semalam :

VIP2 akan ditayangkan di pawagam bermula Ogos ini. Fun fact: Ini filem tamil lakonan Kajol yang pertama selepas 20 tahun!

Nak tahu apa yang dibualkan oleh Andy Hakim dan Kajol? Tune in to Mega Hindi Kool FM, esok, Sabtu  30 Julai 2017, dari jam 10pm hingga 12 tengah malam.

Dan, kalau nak dengar isi temubual Geng Pagi Hot dengan Kajol, dengar Hot FM pada Isnin ini, bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi!