Inspirasi
“Kalau Aku Terpaksa Lepaskan Benda Yang Aku Sayang, Aku Akur”- Pengakuan Khalid Jamlus Menjual Kasut Emas
Bersabarlah…
“Siapa yang tidak sayangkan koleksi berharga itu namun terpaksa dilakukan demi meneruskan kehidupan apabila tidak mempunyai pendapatan tetap selama tiga tahun,”-Khalid Jamlus
Nama Khalid Jamlus, bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia menjadi buah mulut orang ramai selepas ceritanya melelong kasut emas melalui live Facebook tersebar.
Tambahan lagi, Khalid sekali lagi menjadi perhatian apabila caranya menjawab soalan wartawan ketika satu sidang media menjadi kritikan netizen.
Isu bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya membuatkan kami di Hot FM terpanggil untuk bertanyakan perkara sebenar terhadap bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus pada 13 Julai 2020.
Penyampai Hot FM Fizie dan Shuk bersama Khalid Jamlus yang hadir ke konti Hot FM bersama kasut emasnya.
Geng Pagi Hot (GPH), sempat bertanya mengenai perkembangan Khalid Jamlus, di mana beliau menceritakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir ke semua aktivitinya terbatas, menyebabkan beliau hilang punca pendapatan. Sebelum PKP, beliau sempat menjadi coach untuk Soccer Ace FC dan PDRM.
Apabila ditanya Geng Pagi Hot (GPH) mengenai punca Khalid membuat keputusan untuk menjual kasutnya, Khalid menjawab
“Secara jujur, aku ni tak reti nak jadi hipokrit. Ini untuk melangsungkan kehidupan aku”
“Bila aku memikirkan keadaan mak dan ayah yang tak berapa sihat, dan aku pula anak sulung, tercetus lah idea di situ”
Mengatakan punca dia menjual kasut emas itu adalah kerana ingin menyara hidupnya dan demi ibu dan ayahnya yang sudah tidak sihat, Khalid terpaksa membuat keputusan itu.
Khalid juga mengucapkan terima kasih terhadap Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, kerana membantu beliau.
Kami di Hot FM mendoakan semoga Khalid terus kuat untuk mencari rezeki dan semoga diberi peluang yang baru di masa hadapan.
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Drama4 weeks ago
Sah! 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Ditayangkan, Jom Tonton Trailer Dulu
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya