Connect with us
Hot Kool Jam

Update

“Kami Akan Tetap Buat Live Bersama.” – Bella Astillah

Bukan nak rujuk kembali

Published

on

“Tidak timbul soal rujuk atau sebaliknya apabila kami masih berhubung.”

Itu kata bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah ketika mengulas mengenai hubungan baiknya dengan bekas suami, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Menurutnya, komunikasi secara langsung bersama bekas suami menerusi Instagram Live bukan bermakna mereka akan kembali bersama.

“Begitupun, warganet mempunyai pendapat dan pandangan mereka sendiri berkaitan hal ini. Saya pula tidak kisah apa yang mereka hendak fikirkan.

“Dengan segala pengalaman ditempuhinya, Aliff kurang yakin untuk tampil secara langsung di Instagram. Jadi, saya ajaknya untuk turut serta apabila berbuat begitu.

“Terpulang apa orang di luar sana hendak fikirkan. Jika ada yang tidak suka kami berbuat demikian, mereka boleh sahaja tinggalkan Instagram Live itu dengan serta merta.”

“Apa sahaja yang berlaku, Aliff tetap bapa kepada anak kami. Kami akan tetap buat Instagram Live bersama, selepas ini.”

Bella mengulas persoalan dalam kalangan warganet apabila sering  berkomunikasi secara langsung di Instagram bersama bekas suami.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Ayden Adrean, pada 8 Julai 2017. Pasangan ini sah bercerai pada Mei lalu.

Sumber : Berita Harian

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest