Home > #PenaHot > “Kami Tidak Bernikah Di Mekah. Tapi..” – Fattah Amin

“Kami Tidak Bernikah Di Mekah. Tapi..” – Fattah Amin

Sidang media yang diadakan hari ini di sebuah hotel di ibu negara akhirnya merungkai segala spekulasi selepas Fattah Amin dan Fazura mengumumkan 13 November sebenarnya adalah tarikh merisik serta majlis pertunangan mereka.

Kedua pasangan yang lengkap berpakaian serba putih sebentar tadi turut memberitahu tujuan mereka merahsiakan perkara berkenaan susulan permintaan keluarga yang mahukan privasi selain memberi fokus untuk mengerjakan ibadah umrah.

Fattah dalam kenyataan sebentar tadi turut menegaskan mereka tidak bernikah di Mekah, sebaliknya mahu mengikuti beberapa prosedur seperti orang biasa termasuk menghadiri kursus perkahwinan.

“Dalam perancangan kita akan buat 2 majlis resepsi, untuk keluarga rakan-rakan media dan peminat insyaAllah,”

“Ini sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kami,” jelas Fattah.

Bagaimanapun sidang berkenaan kembali hangat selepas Fazura turut memberikan sedikit komen terhadap segelintir pihak yang cuba mencabuli privasi keluarganya dengan mengambil gambar kediaman neneknya.

“Saya berasa kesal dengan mereka-mereka yang menyebarkan berita yang tidak benar, dan mengelirukan peminat kami.”

“Ingin saya ingatkan bahawa keluarga kami ada hak untuk memilih privasi dan ia berhak dihormati dan bukan dicerobohi hanya kerana ingin menjadi sumber berita utama.”

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada #fattzura. Semoga segala proses pernikahan kalian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply