Connect with us
Projek Radio

Drama

Kampung People 2 Tunggu Permit Penggambaran

Sama-sama kita tungguuu!

Published

on

Drama Kampung People berjaya mencetuskan fenomena kepada peminat drama Melayu!

Suntikan elemen komedi dan santai membuatkan ramai yang terhibur, apatah lagi drama tersebut menyajikan pengisian berbeza berbanding kebanyakan drama sedia ada.

Popular dengan watak Lailer, Riena Diana berkata, musim kedua drama rantaian Kampung People bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Menurut laporan Berita Harian, penggambaran drama arahan Wan Hasliza itu dapat dimulakan sebaik permit diterima.

“Saya dimaklumkan syarikat produksi sedang menunggu permit memulakan penggambaran dengan prosedur operasi standard (SOP).

“Pelakon mula diberi skrip minggu ini. Insya-Allah diharap penggambaran dapat bermula secepat mungkin,” kata Riena.

Selain Riena, drama Kampung People turut dibintangi Elly Mazlein, Hun Haqeem, Rashidi Ishak dan Datuk Fizz Fairuz.

Riena berkata, terdapat beberapa watak baharu akan diperkenalkan dalam musim kedua drama terbabit.

Sama-sama kita tungguuu!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest