Connect with us

Drama

Kampung People Tampilkan Kelainan, Berjaya Mencuit Hati Penonton

Kelakar!!!

Published

on

Dah banyak drama-drama yang ditayangkan di kaca televisyen sebelum ni, termasuklah kisah cinta, pengorbanan, nilai kekeluargaan, kerohanian dan banyak lagi yang akhirnya mampu memberikan pengajaran buat penonton.

Sama seperti drama bersiri terbaharu bertajuk Kampung People. Drama tersebut telah berjaya menarik perhatian peminat drama tempatan yang dibintangi Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah.

Drama yang mula ditayangkan pada 11 Disember ini menjadi bualan ramai selepas beberapa hari ditayangkan selain mendapat maklumbalas yang positif daripada penonton.

Dalam pada itu, watak yang dilakonkan oleh Elly Mazlein juga meniti dari bibir ke bibir selepas watak terbabit sangat sesuai dengannya.

Menjengah ke laman Youtube TV3 Malaysia, pelbagai maklum balas positif ditinggalkan penonton yang rata-rata suka dengan kelainan dibawa dalam drama berkenaan.

Tidak kurang juga, pengarah drama Kampung People turut dipuji dan diucapkan tahniah kerana menghasilkan jalan cerita yang lari dari kisah cinta dan sebagainya.

Drama Kampung People masih lagi ditayangkan dari hari Rabu – Jumaat setiap 9 malam menerusi saluran TV3.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest