Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Kandungan Sari Yanti Gugur

Pelakon, Sari Yanti dikhabarkan mengalami keguguran semasa usia kandungan memasuki tiga bulan.

Published

on


Pelakon, Sari Yanti dikhabarkan mengalami keguguran semasa usia kandungan memasuki tiga bulan.
Perkara tersebut didedahkan oleh suaminya, Jep melalui laman Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Jep memaklumkan anak kedua mereka yang berada dalam kandungan sudah tidak bergerak lagi dan Sari telah menjalani pembedahan semalam.

“Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital tengok adik. Adik Eya dah masuk 3 bulan dah. Masa check up haritu doctor bagitau adik eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama eya selamat operation harini (Isnin) ya,” tulisnya.

Dalam pada itu, ramai peminat dan rakan artis turut bersimpati dengan berita tersebut dan berharap mereka terus tabah menghadapi dugaan.

Takziah diucapkan buat Sari Yanti dan Jep.
Semoga pasangan ini dikurniakan rezeki lain pada masa hadapan dan kekal bahagia selamanya.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest