Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Kantoi Menyamar Jadi Selebriti, Netizen Siasat Individu Ini

Amboi, nak menyamar pun agak-agak la ya…

Published

on

Pakai gambar orang lain kemudian tutup muka tuan empunya gambar bagi mendapatkan perhatian orang lain, untuk apa?

Pelik tapi itu la yang terjadi sejak 21 September yang lalu apabila seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Haaziq Zahar telah berjaya membongkar kegiatan seorang individu di Instagram yang mana dia telah mencuri gambar orang lain dan menjadikan ia seolah-olah gambar miliknya sendiri.

Lebih mengejutkan apabila individu berkenaan turut menggunakan gambar pengacara Fedtri Yahya ketika dia terlantar di hospital dan membuatkan kononnya dia lah yang berada di dalam gambar tersebut.

Walaupun dia telah menutup beberapa wajah di dalam gambar sebenar, pastinya orang akan tahu siapa pemilik sebenar kan?

Selain gambar Fedtri Yahya, individu berkenaan turut menggunakan gambar penyampai radio Kool FM, Rea bersama dengan keluarganya.

Ketika ditemui, Rea akui bahawa dia agak terkejut dengan gambar tersebut namun baginya selagi individu berkenaan tidak membuat perkara diluar jangkaan, dia masih boleh duduk diam lagi.

“Tak pe la, bukan Rea seorang je yang kena kalau seorang je memang report je la. Malam tu Rea up Instastory gambar tersebut kemudian pada pagi esoknya kawan Rea tag dekat Twitter bagitahu ada orang pakai gambar Rea. Kalau macam tu tak payah layan pun takpe, asalkan dia tak ganggu hidup kita,” katanya.

Hasil ‘siasatan’ warganet dipercayai individu tersebut turut memuat naik gambar milik orang lain termasuk la mengakui bahawa dirinya seorang selebriti, pengacara TV, pengarah muzik, komposer lagu, penyanyi, penulis lirik dan macam-macam lagi.

Netizen turut meninggalkan komen berserta beberapa keping gambar lama yang terdapat di Instagram milik individu berkenaan disyaki tuan empunya akaun tersebut.

Ada yang mengatakan kemungkinan individu tersebut mempunyai masalah kesihatan tetapi perkara itu tidak dapat disahkan lagi kesahihannya.

Buat masa ini Instagram miliknya juga telah dikunci selepas kegiatan peliknya itu diketahui umum.

Perkara ini mungkin boleh dijadikan bahan gelak ketawa tetapi kalau sampai satu hari nanti dia melampui batas, tak mungkin akan ada tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadapnya.

Dunia teknologi ini memang menakutkan, orang lain boleh sahaja gunakan gambar kita tanpa kebenaran, so hati-hati sahaja la ya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest