Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Katy Perry Umum Hamil Anak Pertama

Tahniah!!

Published

on

Penyanyi popular Hollywood, Katy Pery mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Menurut satu portal hiburan online, penyanyi yang popular menerusi lagu Thinking Of You itu telah menunjukkan baby bump dalam video muzik lagu terbaharunya, Never Worn White.

Tidak lama selepas itu, Katy mengesahkan berita tersebut menerusi laman sosial Twitter miliknya.

“Saya gembira kerana tidak perlu menyorok perut dan tak perlu berselindung di sebalik bag yang besar,” tulisnya berseloroh.

Katy juga telah membuat kenyataan menerusi Instagram Live mengenai kehamilan anak pertamanya itu.

“Saya teruja dan gembira, kehamilan ini adalah rahsia yang paling lama disimpan sepanjang hidup saya!” ujar Katy.

Terdahulu, Katy mengikat tali pertunangan bersama pelakon Orlando Bloom pada 14 Februari 2019.

Katy pernah mendirikan rumah tangga bersama Russell Brand pada 2011 namun berpisah setahun selepas itu.

Sementara Orlando Bloom juga pernah berkahwin dengan Miranda Kerr dan memiliki seorang anak lelaki bernama Flynn.

 

Sumber: Dailymail

Foto: RB/Bauer-Griffin/GC Images

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest