Connect with us
You Da Boss

Drama

‘Kau Yang Pertama’ Ada Keunikan Tersendiri

Sejak ditayangkan pada 12 Ogos lalu, drama ini mendapat reaksi positif daripada peminat.

Published

on

Drama bersiri Kau Yang Pertama arahan Hadith Omar jelas ada tarikannya sendiri apabila trending di media sosial selain mendapat reaksi positif daripada peminat sejak ditayangkan pada 12 Ogos lalu.

Ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam, drama slot Akasia lakonan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah itu  mendapat perhatian disebabkan jalan ceritanya yang ‘fresh’ dan realistik.

Penonton juga terhibur dengan kelainan watak hero drama berkenaan iaitu Farhan lakonan Fikry yang disuntik dengan karakter lelaki lembut.

“Setakat ini, daripada 10 komen yang saya terima, hanya satu yang mempersoalkan kenapa heronya lembut? Yang lain boleh terima, namun ada kenalan rakan saya siap bertanya sekiranya saya memang lembut,” kata Fikry.

Bagaimanapun, Fikry akui berdepan cabaran memandangkan ini pertama kali dia menjayakan watak lembut.

“Apabila menjalani penggambaran 12 episod pertama, kemudian kena lompat terus ke episod 28, dan kena kembali ke episod tiga atau enam, saya terlupa bagaimana jadi lembut.
“Risau juga apabila nanti penonton cakap watak lembut saya sudah lari. Tapi, untuk babak di tempat kerja dan dengan kakitangan, saya tak lembut sangatlah,” ujar Fikry lagi.

Dalam pada itu,  Farah yang melakonkan watak Rose Natasya pula mengakui dia perlu mencari kelainan pada wataknya agar penonton tidak jemu atau samakan watak lakonannya dengan Fikry sebelum ini.

“Disebabkan ini gandingan kali kedua, saya memang ubah habis watak saya supaya berbeza dengan cerita sebelum ini. Dalam Cik Reen & Encik Ngok Ngek, watak saya seperti garang sikit.
“Untuk drama ini, penonton cakap saya pula yang ‘ngok ngek’. Memang kena tukar wataklah supaya orang tak cakap sama saja, sudahlah pelakon pun sama,” kata Farah.

Farah juga menyifatkan watak Rose berbeza dan dia pertama kali membawa watak manja.

“Ini pertama kali saya membawakan watak manja-manja. Jadi saya banyak rujuk watak daripada drama Korea termasuk drama What’s Wrong With Secretary Kim apabila saya belajar reaksi pelakonnya.
“Saya tak mahu kelihatan lakonan seperti dibuat-buat. Ini disebabkan watak manja-manja sebegini boleh buatkan orang jadi menyampah sebaliknya mahukan mereka lebih rasa watak itu manis,” jelas Farah.

Kau Yang Pertama mengisahkan tentang Farah yang membawa watak sebagai Rose Natasha, menjalani latihan industri di sebuah syarikat milik Farhan lakonan Fikry.

Dalam diam, Rose selalu berangan-angan dapat bercinta dengan Farhan umpama babak dalam drama Korea. Pelbagai ragam berlaku antara mereka hingga mewujudkan rasa cinta.

Selain Farah dan Fikry, drama 28 episod ini turut dibintangi Tasha Shilla, Ellyas Abdullah, Elly Mazlein, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Mambo, Wan Nor Azlin, Amar Asyraf, Nasz Sally dan Laila Nasir.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest