Connect with us
You Da Boss

Uncategorized

Kawan Sudah Ramai, Tapi Masih Sunyi?

KALAU kita demam atau tangan kita luka terkena pisau. Kita tahu bagaimana untuk menanganinya. Namun untuk sesuatu yang tidak boleh kita lihat dengan mata kasar seperti perihal berkaitan dengan psikologi atau mental, ia mungkin menyukarkan kita untuk mengenalpasti sebenarnya kita sedang berada dalam ‘kesakitan’.

Published

on

KALAU kita demam atau tangan kita luka terkena pisau. Kita tahu bagaimana untuk menanganinya. Namun untuk sesuatu yang tidak boleh kita lihat dengan mata kasar seperti perihal berkaitan dengan psikologi atau mental, ia mungkin menyukarkan kita untuk mengenalpasti sebenarnya kita sedang berada dalam ‘kesakitan’.

Dr. Julianne Holt-Lunstad dari Brigham Young University menjelaskan betapa bahayanya perasaan ‘sunyi’ yang selalu dialami oleh banyak orang. Namun, tak ramai yang ingin bercakap tentangnnya kerana berfikir ia adalah sesuatu yang remeh untuk dibincangkan.

Ada dua jenis rasa kesepian. Pertama ialah dia bersendirian secara fizikal dan terasing dari kelompok sosialnya. Untuk jenis kedua pula ialah, walaupun seseorang itu dikelilingi oleh sahabat yang selalu bersama-samanya, dia tetap merasa sunyi.

Kalau kamu nak tahu, benda seperti ini sebenarnya sangat mengancam risiko kesihatan seseorang.

RISIKO KEMATIAN

Terdapat kajian sebelum ini iaitu daripada Hold-Lunstad yang menunjukkan kaitan ‘sepi’ dengan faktor risiko kematian pada usia tertentu. Mereka yang mempunyai hubungan sosial yang rendah akan terdedah kepada risiko kematian bersamaan menghisap 15 batang rokok setiap hari. Manakala mereka yang mempunyai tahap hubungan sosial yang tinggi boleh bertahan hidup 50 persen lebih lama.

TEKANAN

Sebuah kajian pada tahun 2006 menjelaskan mereka yang  mempunyai tingkat kesepian yang tinggi mempunyai hubungkait dan kecenderungan untuk mengalami tekanan.

RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Holt-Lunstad juga menyatakan mereka yang sering merasa sepi terdedah untuk mengalami penyakit jantung. Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2016 yang melibatkan 181 ribu orang dewasa menunjukkan mereka yang terasing daripada kelompok social dan menyendiri berpotensi untuk mengalami risiko strok sehingga 32 peratus.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari https://www.dhia.com.my/kawan-memang-ramai-tapi-kepada-aku-sunyi/

Penulis: Dhia

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest