Connect with us
Selamat Hari Raya

Muzik Buzz

“Kaya Mana Pun Kau, Kau Tetap HambaNya,” Ada Sebab Alif Satar Pilih Neelofa

Nangis pun cantik..

Published

on

Nampaknya setakat jam 5 petang pada 28 April 2020, video muzik Damba CintaMu nyanyian semula Alif Satar bersama dengan kumpulan nasyid Raihan telah menjangkau lebih 300,000 tontonan menerusi laman Youtube!

Namun, penglibatan pengacara dan pelakon Neelofa dalam video lirik lagu tersebut telah menjadi bualan ramai termasuklah perbincangan dengan Geng Pagi Hot dan Alif Satar dalam satu sesi temubual bersama Shuk, Fizie dan Shuib.

Menurut Alif, ideanya timbul untuk mengambil Neelofa sebagai model video muzik tersebut setelah pernah melihat gambar pengacara itu sedang berdoa di Arafah ketika menunaikan Haji tular di sosial media.

“Saya terus menghubungi Lofa dan beritahu mengenai projek ini. Dia tanya kena buat apa, saya jawab menangis saja. Dia cakap okay.”

Menurut Alif, terdapat juga sebab lain mengapa Neelofa menjadi pilihannya. Ia termasuk prestasi yang ditunjukkan dan Alif turut menceritakan bahawa orang ramai mungkin tidak tahu bahawa Neelofa sebenarnya mempunyai potensi menjadi pelakon method dengan kemampuan menangis dan sedih yang dimiliki.

“Bila dia dah datang studio, kami ambil angle yang tak nampak macam Lofa, tapi sebenarnya Lofa.”

“Jadi sebenarnya mesej dia adalah lagu dan lirik dengan model tak kira siapa pun, boleh jadi pemimpin, boleh jadi Alif Satar,  boleh jadi orang kaya dekat muka bumi ini sekali pun, lawa macam mana pun, tapi bila disaat kau sembahyang depan pencipta, kau tetap hambaNya,”

Terdahulu, lagu Damba CintaMu adalah nyanyian asal kumpulan Raihan yang dirakam pada 1997 menerusi album Syukur.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest