Connect with us

Muzik Buzz

Kecaman Tak Runtuhkan Semangat Aepul Roza Hasilkan Lagu Baharu

Go Aepul go!

Published

on

Selepas dikritik hebat gara-gara persembahan yang ditunjukkan pada malam Anugerah Juara lagu ke-34 (AJL34), vokalis Drama Band Aepul Roza masih teguh berdiri malah tidak menyerah untuk menghasilkan karya untuk terus menghiburkan peminatnya.

Terkini, menerusi laman Twitter rasmi miliknya penyanyi itu telah memuat naik sebuah video menunjukkan dirinya sedang menyanyi.

Video yang berdurasi selama 2:20 itu juga memberi bayangan bahawa penyanyi itu akan melancarkan lagu seterusnya.

Lagu bergenre balada itu belum lagi mempunyai tajuk, malah penyanyi berkenaan hanya menulis tanda pagar Koyak dan akan disampaikan dalam melodi yang perlahan atau mellow.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata memberikan reaksi positif selain menyokong penyanyi itu untuk terus berkarya.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest