Home > #PenaHot > Kecik Umum Tinggalkan Hyper Act

Kecik Umum Tinggalkan Hyper Act

Setelah lebih setahun bersama kumpulan rock ternama Hyper Act. Vokalis Hyper Act, Mohammad Fauzi Kamarudin atau lebih dikenali dengan panggilan Kecik tinggalkan kumpulan itu.

Selepas mendapat persetujuan dengan ahli kumpulan Hyper Act, Kecik mengambil keputusan untuk mengundurkan diri, pengumuman dibuat secara rasmi menerusi akaun Instagram penyanyi itu.

“Saya membuat pengumuman di media sosial untuk memberi penjelasan secara rasmi dan menyerahkan sepenuhnya kepada kumpulan Hyper Act untuk mengadakan sesi sidang media mengenai perkara ini. “Terima kasih kepada Hyper Act kerana memperkenalkan nama saya dalam industri seni. Saya banyak terhutang budi dengan mereka kerana membuka ruang dalam bidang nyanyian” menurut Kecik kepada BH Online.

“Setelah selama lebih setahun Kecik berkarya bersama Hyper Act, jodoh kita bersama hanyalah sampai di sini sahaja. “Kecik ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah banyak diberi oleh semua.” Menerusi kapsyen di laman instagram penyanyi tu.

Apa pun yang terjadi. Kami ucapkan all the best buat Kecik!

Sumber: BH Online