Connect with us
Projek Radio

Selebriti

Keliru Antara Fedtri Yahya Dan Ally Iskandar, ‘Kapsyen’ Adik Danish Curi Perhatian

Nasib baik dapat juga tuntut buah! Hahaha…

Published

on

Personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya dan Ally Iskandar begitu sinonim dengan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang telah bersiaran sejak 1994 di TV3.

Mereka yang selalu digandingkan bersama di kaca TV menyebabkan ramai yang terkeliru antara dua hos popular itu termasuk seorang kanak-kanak lelaki bernama Danish.

Ketika melawat studio MHI, adik Danish membawa jus dan buah jeruk sebagai buah tangan untuk diberikan kepada Fedtri Yahya yang merupakan pengacara kegemarannya.

Apa yang mencuri perhatian, apabila adik Danish memuatnaik foto dengan memetik nama Fedtri, namun orang yang menerimanya bukanlah Fedtri Yahya tetapi Ally Iskandar.

Posting peminat cilik itu mencuri perhatian Fedtri yang terhibur gara-gara adik Danish tidak dapat membezakan dirinya dengan Ally selain mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Walaupun tersalah orang, Fedtri akhirnya berjaya bertemu sekali lagi dengan Adik Danish untuk ‘menuntut’ jus dan buah jeruknya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest