Connect with us
Projek Radio

Selebriti

Keluar Single Baharu Ogos Ini, Blackpink Bakal Berkolaborasi Bersama Ariana Grande?

GET READY BLINKS!

Published

on

Belum habis dengan kehangatan lagu“How You Like That”, kumpulan Kpop popular iaitu BLACKPINK bakal keluar single baharu lagi! Yang paling menarik adalah, ada desas desus mengatakan kononnya mereka akan berganding bersama bintang Hollywood terkenal, iaitu Ariana Grande.

Pin on ♥A r i a n a - G r a n d e♥

Woot woot! Perkara tersebut diumum oleh YG Entertainment sendiri melalui satu ciapan di akaun Twitter @ygent_official mengatakan bahawa kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Rose, Lisa dan Jennie akan hadir dengan sebuah single baharu pada Ogos ini.

Bukan itu sahaja, keadaan menjadi lebih hangat apabila ada yang membuat andaian artis yang mereka akan berkolaborasi itu adalah Ariana Grande kerana dia memberi tanda suka di gambar yang di muat naik di Instagram Jennie itu.

Image

Apa yang lagi mengukuhkan gosip Ariana bakal berkolaborasi bersama BLACKPINK adalah, apabila penerbit muzik Ariana itu sendiri, iaitu Tommy Brown yang pernah menerbitkan beberapa single hits Ariana yang popular seperti ‘Thankyou Next’ dan ‘7 Rings’, menyiarkan foto dirinya di Instagram yang melepak di Seoul, Korea Selatan bersama kumpulan BLACKPINK.

Sesuatu bukan? Nama Ariana dan BLACKPINK juga turut trending di laman carian Twitter. Rata-rata netizen sudah tidak sabar untuk menantikan siapakah agaknya artis yang bakal berkolaborasi dengan kumpulan Kpop terkenal ini.

Image

Eh tak sabar pula rasa nak tunggu bulan Ogos! Kalau betul lah Ariana berkolaborasi dengan kumpulan BLACKPINK, confirm ‘havoc’ dan lagu itu pasti akan trending selama berbulan-bulan di corong-corong radio.

Get ready BLINKS!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest