Connect with us

Filem

Keluarga Addams Yang Aneh Kembali!

Jom tonton The Addams Family pada 31 Oktober ini!

Published

on

Ingat lagi The Addams Family? Kali terakhir kemunculan keluarga seram ini di kaca TV adalah pada tahun 90-an melalui sitkom drama The New Addams Family.

Metro Goldwyn Mayer Pictures menampilkan semula francais ini dalam adaptasi filem animasi apabila ia bakal ditayangkan pada 31 Oktober ini. Mesti ramai yang tak sabar kan!

Kali ini, filem The Addams Family menggunakan suara Charlize Theron sebagai Morticia Addams, Oscar Isaac sebagai Gomez Addams, Chloë Grace Moretz sebagai Wednesday Addams, sementara Finn Wolfhard mambawa peranan sebagai Pugsley Addams.

Pelbagai elemen misteri dan aneh dapat disaksikan dari permulaan cerita antaranya tradisi kostum yang dipakai keluarga Addams, makhluk tangan hidup, singa, bulu yang hanya memakai topi dan juga kacamata hitam, serta pelayan menyeramkan bernama Lurch. Sangat luar biasa!

Pasangan suami isteri yang dianggap raksasa, Addams dan Morticia telah berhijrah ke New Jersey selepas usaha mereka untuk diterima manusia gagal.

Mereka kemudian tertarik dengan sebuah rumah agam yang kelihatan seperti rumah berhantu, tinggi di kawasan bukit dan jauh dari dunia luar.

Selepas 13 tahun, mereka memiliki dua orang anak iaitu Wednesday dan Pugsley.

Pugsley dituntut untuk berlatih bermain pedang iaitu tradisi ‘Sabre Mazurka’ bagi menyambung legasi bapanya yang cukup handal bermain pedang dalam sejarah keturunan Addams. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka ya.

Selain itu, penonton juga pasti akan tertarik ketika babak Wednesday memasuki sekolah menengah asimilasi. Dari situlah Wednesday cuba bergaul dengan masyarakat lain sekaligus menyaksikan elemen persahabatan yang cuba diterapkan dalam filem ini.

Secara keseluruhan, perjalanan keluarga Addams untuk diterima manusia tidaklah senang. Tambah pula dengan watak tokoh agen perumahan, Margaux Needler (Allison Janney) yang jahat membuatkan keluarga Addams dibenci ramai.

Berjayakah kehidupan raksasa dan manusia bersatu? Itu korang semua kena tengok sendiri pada 31 Oktober ini okay!

Nah, kami belanja sikit trailer filem The Addams Family arahan Greg Tiernan dan Conrad Vernon.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest