Connect with us
Hot Kool Jam

Onz

Kemunculan Shahir Dalam Video Muzik Menangkah Cinta Nyanyian Erra Cetus Kontroversi

Ha gitulaa naik sampan..

Published

on

Apa sahaja yang dilakukan oleh Primadona Erra Fazira ini yang tidak mendapat perhatian ramai? Selain berlakon dan mengacara, Erra turut pernah tampil dengan beberapa single beberapa tahun lalu.

Terkini, Erra tampil dengan single terbaharu berjudul Menangkah Cinta hasil nukilan penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun.

Bagi meraikan kembalinya Erra dengan lagu Menangkah Cinta, malam ini akan dilancarkan video muzik yang akan membuatkan ramai terkejut.

Ini susulan bayangan Shahir akan ditampilkan sebagai pelakon lelaki dalam video muzik terbabit menerusi laman Youtube pada jam 8 malam ini.

Mesti yang tertanya-tanya adakah penampilan Shahir yang popular dengan lagu Aku Yang Berdosa itu bermakna Erra dan Shahir kini sudah kembali bersama?

Umum mengetahui sebelum ini timbul gosip dan kontroversi Shahir bersama beberapa wanita, selain Erra membuat keputusan tidak lagi berkawan rapat dengan penyanyi itu.

“Sebenarnya penampilan Shahir dalam video muzik Menangkah Cinta untuk menunjukkan kami masih mampu bekerjasama dan tidak timbul ada hubungan istimewa atau tidak.

Menurutnya, sewaktu menghubungi Shahir Erra turut mengambil risiko sama ada Shahir mahu atau tidak membintangi video muzik Menangkah Cinta.

“Kalau ikutkan, saya berkawan dengan semua bekas kekasih mahupun bekas suami. Kami saling menghormati dan masing-masing sudah matang.”

Ha gitu… semoga segala proses pembikinan video muzik lagu ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ye!

 

Sumber daripada: Harian Metro

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest