Connect with us

Selebriti

“Kena Marah Sampai…” – Ayda Jebat Buat Nabil Menangis?

Baru sikit kena marah dah menangis hehe!

Published

on

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat, 28, kini sedang hangat bercinta bersama seorang pengacara, Nabil Mahir, 32.

Pada 8 Februari lalu, pasangan romantik ini mencuri perhatian peminat apabila Ayda memuat naik satu video di Instagram menyaksikan kekasih hatinya itu dimarahi sehingga bercucuran air mata.

“Kena marah sampai nangis sebab tak bagi bawak balik patung kat Watsons. Teruk bethoool dia ni! Haha! Sorry Wuvv.. Don’t keraiii. You don’t need that, you need me! Real me. Kan? @nabilmahir 🙈
.
Tag lelaki yang kuat nangis macamni! Taktau nak gelak ke nak kesian. Sedih macam mintak ampun di pagi raya! Cengeng. 🤪😅,” tulis Ayda berjenaka.

Lantas, gelagat Nabil yang benar-benar menangis gara-gara tidak dapat membawa pulang patung dummy Ayda dari sebuah farmasi terkenal itu menerima pelbagai reaksi melucukan daripada peminat.

Setakat artikel ini ditulis, video pendek berdurasi 0:18 saat itu juga dengan pantas telah meraih lebih 527,000 tontonan.

Semoga pasangan ini bahagia selalu dan cepat-cepat naik pelamin.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest