Connect with us
Projek Radio

Onz

Kenali Wan Emir Astar Bakal Suami Mira Filzah

Manis orangnya..

Published

on

Pada 16 Julai 2020, pelakon Mira Filzah telah mengesahkan bahawa dia sudah bertunang dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Wan Emir Astar.

Namun, Mira yang enggan berkongsi secara terperinci mengenai hubungannya itu menyebabkan pelbagai spekulasi timbul termasuk penikahan mereka yang bakal dilangsungkan pada Oktober ini.

Tetapi, siapakah Wan Emir Astar jejaka yang telah berjaya mencuri hati Mira Filzah ni? Jom kita rungkaikan..

Jejaka bertuah tersebut ialah Wan Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Bin Wan Mohammad Khair-il Anuar. Emir sebelum ini dikatakan pernah berkawan dengan Mira sewaktu zaman pengajian, namun hubungan itu terhenti selepas Emir terbang ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya.

Berumur 30 tahun, memiliki rupa paras yang segak dan manis sehingga membuatkan namanya menjadi sebutan netizen. Emir juga bergiat aktif dalam bidang politik!

Pemuda itu juga kini bekerja sebagai seorang arkitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out @w5_architects


Emir ialah anak kepada Datin Mastura Mohd Yazid iaitu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad yang meninggal dunia akibat tragedi helikopter Sarawak pada tahun 2016.

Mempunyai 4 orang adik beradik, Emir ialah abang sulung kepada Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Amar. Wow! Semuanya lelaki dan kacak-kacak pulak tu! Tapi sebenarnya kalau korang nak tahu, Mira Filzah bakal berbiras dengan pengacara Shalma Ainaa tau!


Apa-apa pun, masih belum terlambat untuk kami di Hot FM mengucapkan tahniah kan? Semoga segala urusan perkahwinan Mira Filzah dan Wan Emir Astar dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest