Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Kenangan BJ Habibie dalam Filem Indonesia

Al-fatihah..

Published

on

Bekas presiden ketiga RI Bacharuddin Jusuf Habibie menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Jakarta semalam pada jam 6:08.

Selain sebagai seorang bekas presiden, jejaka yang lebih mesra disapa Habibie ini juga terkenal dengan kisah kehidupannya yang mampu memberi inspirasi terhadap masyarakat terutamanya berkenaan kisah cintanya dengan isteri allahyarhamah Ainun.

Kisah kehidupannya juga telah dijadikan buku. Sebelum meninggal, Habibie juga terlibat dalam pembuatan film Habibie & Ainun 3.

Image result for habibie dan ainun 2012
Habibie & Ainun (2012)

Dilakonkan oleh Reza Rahrdian dan Bunga Citra Lestari, Habibie & Ainun merupakan filem pertama yang mengangkat kisah cinta  BJ Habibie dan isterinya, Hasri Ainun. Menceritakan tentang perjalanan awal kehidupan Habibie ketika menyambung pelajarannya di Jerman, filem ini juga menonjolkan perjuangan kisah cinta Habibie dan Ainun sebagai pasangan muda yang tinggal di negara orang sehingga Habibie dipanggil pulang untuk menjadi Presiden Indonesia.

Related image

Di Balik 98 (2015)

Berlatarkan kejadian bersejarah Mei 98, filem Di Balik 98 menceritakan tentang runtuhnya pemerintahan Orde Baru di mana ketika itu Presiden Soeharto dipaksa mundur dari jabatannya. Walaupun tidak berfokus pada Habibie, namun beliau turut dimunculkan dalam filem ini. Pelakon Agus Kuncoro dipilih untuk memainkan watak BJ Habibie ketika reformasi melanda.

Related image

Rudy Habibie

Filem Rudy Habibie atau dikenali sebagai Habibie & Ainun 2 merupakan cerita yang mengangkat tentang kehidupan Habibie selama menyambung pengajian di Jerman. Filem berkenaan masih masih menampilkan Reza Rahadian yang sempat jatuh cinta dengan gadis yang berasal dari Polland sebelum akhirnya berkahwin dengan Ainun.

Image result for habibie ainun 3

Habibie & Ainun 3 (2019)

Filem Habibie & Ainun 3 bakal ditayangkan pada 19 Disember 2019. Jika pada filem sebelumnya berfokus pada masa muda Habibie, maka pada film ini cerita lebih diarahkan kepada masa muda dari Hasri Ainun Besari. Pelakon Maudy Ayunda dipilih untuk memainkan peranan Ainun ketika muda, sementara pelakon Jefri Nichol akan mebawa watak sebagai BJ Habibie ketika masih muda.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest