Home > #PenaHot > Kenapa Datuk Seri Siti Berkerusi Roda Ni?

Kenapa Datuk Seri Siti Berkerusi Roda Ni?

Penyanyi popular tanah air yang juga seorang ahli perniagaan berjaya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, sebelum ini telah berkongsi khabar gembira dengan semua peminatnya tentang berita kehamilan bayi sulung bersama suami, Datuk Seri Khalid.

Namun, baru-baru ini Siti telah memuat naik satu video menerusi laman Instagram miliknya, dengan menunjukkan dia sedang disorong menggunakan kerusi roda oleh suaminya ketika berada di sebuah pusat beli belah.

Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda..

Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda .. #suamipecutmacamferrarri

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sehingga kini, video tersebut sudah pun menerima lebih 700,000 tontonan dengan 2864 komen yang ditinggalkan oleh pengikut-pengikutnya.

Rata-rata peminat Siti memahami keadaannya yang kini sarat mengandung hampir lima bulan hingga memerlukan penggunaan kerusi roda, ada juga yang turut tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman hamil sebelum ini.

Apa-apa pun, Hot FM doakan agar semuanya berjalan dengan lancar juga kandungan Siti sihat dan sempurna.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply