Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik Buzz

Kenapa Pilih Tajuk Lagu Donde? Ini Penjelasan Andi Bernadee

Sebelum ini, penyanyi Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, dilihat bergelut untuk menempatkan diri dalam industri hiburan tanah air. 

Published

on

Sebelum ini, penyanyi Andi Bernadee atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, dilihat bergelut untuk menempatkan diri dalam industri hiburan tanah air.

Namun, selepas berjaya menonjolkan kelainan dalam lagu Satu Peluang penyanyi kelahiran Sabah ini semakin dikenali ramai.

Menariknya, di dalam lirik lagu Satu peluang terkandung bahasa Sepanyol, iaitu ‘dame solo una’ yang membawa maksud berikan aku satu.

Lantas, lagu itu mendapat sambutan luar biasa dari pendengar terutamanya dalam golongan muda kerana begitu catchy dan unik.

Muncul pula dengan single kedua, Donde Andi sekali lagi menggunakan bahasa Sepanyol dan muzik Latin di dalam lagunya.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah itu maksud Donde? Ini jawapan dari Andi.

Ni rupanya kenapa single terbaru @andibernadee tajuk Donde #GengPagiHot #GelakPecahHabis

Posted by Hot FM on Rabu, 17 April 2019

Lagu Donde merupakan hasil kerjasama Andi bersama rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu itu. 

Sejak dilancarkan pada 10 April lalu, Donde telah mencecah lebih 2 juta tontonan di laman YouTube dan trending nombor 3!

Wow, dahsyat betul penangan lagu terbaru Andi ni. Salute lah!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest