Connect with us
alt_img

Selebriti

Kenapa Tak Buat Majlis Kahwin Di Rumah? Ini Jawapan Nadia Brian

Pelakon Nadia Brian menangguhkan majlis perkahwinannya selepas tiada lokasi sesuai.

Published

on

Pelakon Nadia Brian dikhabarkan terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada 19 September.

Ekoran itu, ramai netizen dan peminatnya melontarkan pendapat dan andaian mengapa tidak melangsungkan saja perkahwinan itu di rumah sendiri.

Menurut Nadia, dia tidak memilih kediamannya sebagai lokasi pernikahan dan resepsi kerana kurang fasiliti serta tidak strategik untuk tetamu.

“Sebenarnya boleh sahaja kalau nak nikahn dan kahwin di rumah cumanya saya rasa kurang sesuai kerana ramai tetamuyang akan datang dan kurang fasiliti seperti contoh parkir dan lain-lain,” katanya.

Betul juga! Sebagai tuan rumah, persiapan yang rapi dan keselesaan haruslah menjadi keutamaan untuk tetamu yang bakal hadir.

“Lagipun saya dan bakal suami merancang nak buat resepsi dalam satu majlis saja, jadi kita nak pilih tempat yang lebih besar untuk menampung tetamu daripada dua keluarga

“Majlis ini hanya sekali, jadi biarlah tetamu yang datang nanti berasa selesa dan dapat bersama-sama berkongsi momen terindah itu,” ujarnya lagi.

Nadia mengikat tali pertunangan dengan usahawan iaitu Muizz Nasruddin pada 4 Mei lalu selepas dua tahun perkenalan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest