Connect with us
Hot Selebriti

Rilis

Kesalahan Terindah Nukilan Nana Sepenuhnya

Best lah lagu ni!

Published

on

Siti Nordiana akhirnya mengotakan janjinya kepada peminat apabila tampil dengan single terbaru berjudul Kesalahan Terindah.

Terdahulu, penyanyi yang mesra disapa Nana itu pernah memperdengarkan lagu Kesalahan Terindah versi pendek dalam drama lakonannya.

Untuk pengetahuan, lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Nana sendiri mengisahkan tentang luahan karakter seseorang wanita yang kecewa, namun reda apabila lelaki yang dicintainya sudah memiliki cinta yang lain.

Biarpun berdepan kekecewaan dan kesedihan, wanita ini menyimpan semua itu di dalam hatinya dan tidak menyalahkan lelaki tersebut.

Malah, dia menganggap bahawa perasaan cintanya kepada lelaki itu adalah kesalahan terindah yang pernah dilakukan dalam hidup.

Sejak dilancarkan pada 7 Mei lalu di laman Youtube, video lirik Kesalahan Terindah telah mencatat lebih 168,000 jumlah tontonan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest