Connect with us
Selamat Hari Raya

Muzik Buzz

Khai Bahar Duet Dengan Ibu

Aww, so sweet!

Published

on

Selain aktiviti memasak, bersenam atau menonton filem, sebenarnya ada banyak cara untuk mengisi masa lapang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sebagai contoh, penyanyi muda yang kian meningkat naik Khai Bahar berkongsi sebuah video menyaksikan dia berduet bersama ibu tercinta menerusi voice note di aplikasi Whatsapp. 

Perkara tersebut telah dimuat naik di laman Instagram penyanyi kelahiran Perlis itu pada 31 Mac lalu.

View this post on Instagram

Nah kita belanja suara Mak kita plak eh 🤣🤣🤣🤣

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on

Mendendangkan lagu Teringin nyanyian penyanyi rock popular era 1990-an, Shima, rata-rata peminat di ruangan komen memuji suara ibunya yang tidak kurang hebat selain turut tersentuh dengan keakraban dua beranak itu.

Mungkin ini cara Khai untuk melepaskan rindu terhadap ibunya tatkala terpaksa berjauhan di musim wabak Covid-19.

Anda juga ‘teringin’ nak menyanyi lagu Shima? Ini liriknya.

Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku

Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri…

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku…

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati….

( ulang dari 1 )

Ku mengharapkan…
Jendela hati…
Terbuka lagi…
Oh.. oh.. oh…

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest