Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Kisah Benar Tragedi Feri Sewol Bakal Ditayang Pada Festival Berprestij

Banyak kes kapal tenggelam, seram la pulak..

Published

on

Filem terbaharu mengenai nahas feri Sewol yang mengorbankan 300 penumpang, kebanyakannya kanak-kanak, ‘President’s 7 Hours’ bakal ditayangkan di festival filem terbesar Asia, lima tahun selepas pengarah Lee Sang-ho mencetus kontroversi menerbitkan dokumentari mengenainya.

‘President’s 7 Hours’, mengisahkan misteri ‘kehilangan’ Geun-hye selama tujuh jam selepas berita mengenai tragedi itu tersebar.

Tiket untuk tayangan ‘President’s 7 Hours’ turut sudah habis dijual dalam masa 10 minit saja, kata penerbit filem berkenaan.

“Saya berharap perjuangan untuk mendapatkan keadilan akan terus menular ke seluruh pelusuk negara sama seperti impak ‘Driving Bell’, lima tahun lalu,” kata Sang-ho.

Kapten Sewol, Lee Joon-seok, antara yang pertama meninggalkan kapal dan ratusan kanak-kanak yang terperangkap, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Anak kapal lain, dipenjara dari 18 bulan hingga 12 tahun.

Image result for tragedi feri sewol

Geun-hye kini dipenjara selama 25 tahun selepas sabit kesalahan rasuah, pemerasan, salah guna kuasa dan beberapa lagi pendakwaan.

 

Sumber daripada: https://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2016/11/116_218732.html

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest