Connect with us
Duit Dari Kayangan

Rilis

Kmy Kmo, Luca Sickta Dan M. Nasir Bergabung Dalam Zuhud

Zuhud menggabungkan rentak hip hop dan elemen muzik tradisional Melayu.

Published

on

Rapper, komposer dan penerbit, Kmy Kmo dan Luca Sickta tampil dengan lagu terbaru berjudul Zuhud selepas kali terakhir muncul dengan single Gong Nekara pada tahun lalu.

Menariknya, single terbitan LsandBeats dan Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu menampilkan seniman terkenal, Dato’ M.Nasir.

Untuk pengetahun, Zuhud merupakan hasil ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta bersama Dato’ M.Nasir yang menggabungkan rentak hip hop dan elemen muzik tradisional Melayu seperti serunai dan gamelan.

Judul dan lirik lagu ini juga mengangkat sebuah konsep yang sinonim dalam Islam, Zuhud, iaitu untuk tidak meletakkan kepentingan kepada dunia semata-mata tetapi  lebih mengutamakan alam akhirat dalam kehidupan sehari-hari.

Pada 20 Disember lalu, video muzik rasmi Zuhud  arahan Yussuf Yunus  telah dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia dibintangi pelakon terkenal, Azri Iskandar.

Sehingga artikel ini ditulis, ia telah mencatat lebih 286,000 jumlah tontonan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest