Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

Kongsi Bulan Kelahiran Dengan Shuib, Sarah Doakan Rumah Tangga Sentiasa Bahagia

Semoga perniagaan mereka terus maju jaya…

Published

on

Sebagai suami pastinya kalian ingin sediakan keperluan yang secukupnya kepada isteri dan keluarga.

Dengan itu, pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuib mengambil keputusan untuk memberikan hadiah seutas jam tangan berjenama kepada isteri yang tercinta iaitu Siti Sarah.

Sarah yang meraikan hari lahirnya yang ke-36 pada 15 September itu berasa sangat terkejut dan terharu dengan pemberian yang sangat bernilai tersebut.

Lebih menarik lagi apabila Shuib juga menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-36 pada 12 September yang lalu.

Share bulan kelahiran rupanya pasangan suami isteri ini, patut la sweet lain macam ya.

View this post on Instagram

Selamat bersarapan 😊🐝 @sitisarahraissuddin

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Bagi menghargai jasa Sarah sebagai seorang ibu dan isteri, Shuib menghadiahkannya jam tangan tersebut yang merupakan hadiah paling mahal pernah dia berikan kepada isteri kesayangannya itu.

Menurut temubual Sarah bersama dengan Berita Harian, dia akui bahawa dia sendiri terkejut dengan hadiah tersebut kerana dia bukan la sejenis yang gemar memakai barangan berjenama dan mahal.

Sebelum ini pada Februari yang lalu, Shuib juga pernah menghadiahkan jam tangan kesayangannya kepada penyanyi Naim Daniel yang merupakan Juara bagi Anugerah Juara Lagu ke-34 itu.

Doa Sarah hanya satu, iaitu dia mengharapkan perkahwinanya ini akan kekal bahagia buat selamanya di bawah rahmatNya.

Tambah Sarah lagi, sebagai suami Shuib seorang yang sangat memahami dirinya.

Hasil perkahwinan yang dibina sejak Februari 2011 itu, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest