Connect with us
Hot Kool Jam

Inspirasi

Kongsi Gambar Kutip Sampah, Lelaki Ini Beri Inspirasi Untuk Jaga Alam Sekitar

Alah bisa tegal biasa. Jom kutip sampah!

Published

on

Pernah dengar tak ayat ni ‘kita yang buat dia, bukan dia buat kita’?

Kita sering dididik untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat, tetapi jarang pula diajar untuk mengutip sampah yang dijumpai di sekeliling kita.

Bila nampak sampah, buat tak tahu je.

Namun, tidak bagi lelaki yang dikenali sebagai Peter apabila beliau membuktikan amalan mengutip sampah sebenarnya juga sangat mudah dan mampu dipraktikkan oleh sesiapa sahaja.

Jika anda ‘usya’ biodata jejaka ini di laman Instagram, dia cuba memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat agar menyelamatkan alam sekitar dengan mengutip sampah yang dijumpai.

Ini antara foto-foto yang sering dimuat naik oleh Peter setiap kali dia mengutip sampah.

Betapa mulianya sikap Peter. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua agar bersama-sama memelihara alam sekitar.

Nampak sampah, kutip dan buang okay?

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest