Connect with us

Konsert

Konsert 4G’s Gabungkan Black, Hazama, Tomok & Akim

Mesti boom! Meletup ni..

Published

on

Setelah muncul bertahun-tahub secara individu di atas pentas, penyanyi popular tanah air termasuk Black, Hazama, Akim dan Tomok bakal menghangatkan Istana Budaya dengan gabungan 4 suara.

Persembahan yang dinamakan sebagai Konsert 4G’s: Black, Hazama,Tomok & Akim, dengan tagline ‘Gabungan Melodi Terindah’ itu juga dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 April 2020.

Pertama kali disatukan, mereka juga akan menyanyikan lagu-lagu popular masing-masing termasuk Anugerah Terindah, Mana Mungkin dan Sofea Jane daripada Black; Cinta Teragung, Malaikat dan Penglipur Lara (Hazama); atau Sejarah Mungkin Berulang oleh Tomok dengan seleksi Bagaikan Bidadari dan Arjunanya dan Akim bersama Bengang serta Mewangi.

Image result for konsert 4 g

Walaupun masing-masing memiliki lagu-lagu popular yang pastinya jadi siulan peminat, namun untuk 4G’s, mereka juga tidak cenderung dipersembahkan sebagai penyanyi solo, sebaliknya sebagai sebuah kombinasi yang akan saling berpadu suara dalam setiap lagu dendangan.

Sebagai kelainan yang dijangka menyuntik kesegaran bahkan menambahkan aura empat sekawan 4G’s, Black, Hazama, Tomok dan Akim kini dalam proses menghasilkan sebuah single baharu.

Sesuatu yang jarang berlaku, single yang pertama kali menyatukan empat suara anak jantan industri muzik tempatan itu dijangka akan dilancarkan pada Januari 2020 dan lebih istimewa menjadi hiburan bonus buat penonton Konsert 4G’s.

 

Sumber daripada: www.xtra.com.my

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest