Connect with us
Hot Kool Jam

Konsert

Konsert Inspirasi Afgan Live Dapat Sambutan Hangat Peminat

Vokal hebat Afgan membuatkan penonton terpegun dan jatuh cinta berkali-kali.

Published

on

Sabtu lalu, penyanyi Indonesia Afgan telah menghiburkan peminat di Pusat Konvensyen HGH, Kuala Lumpur sempena Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019.

Sambutan hangat peminat termasuk dari Indonesia dan Brunei membuatkan Afgan sentiasa mahu mengadakan konsert di negara ini, walaupun pernah menyatakan konsertnya kali ini adalah yang terakhir di Malaysia.

“Saya rasa gembira dan teruja setiap kali mengadakan persembahan di sini. Peminat di sini luar biasa sambutan mereka terhadap saya.

“Kalau boleh saya mahu mengadakan persembahan di sini selalu, rasa senang dapat menghiburkan peminat,” katanya.

Lebih menarik, Afgan membuat kejutan dengan menyanyi di bawah pentas, namun kekal tersenyum sambil diasak peminat yang ingin bergambar bersamanya.

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 turut menyaksikan artis kesayangan Afgan, Datuk Sheila Majid yang berduet menerusi lagu Begitulah Cinta.

Selain itu, Sheila turut menyanyikan lagu popularnya iaitu Antara Anyer dan Jakarta serta Sinaran.

Konsert yang membuka tirai pada jam 9 malam itu dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan Arjuna, diikuti Afgan yang tampil mempersembahkan lagu Jalan Terus dan Katakan Tidak. 

Antara himpunan lagu popular lain yang dipersembahkan adalah Pesan Cinta, Kata Hati, Sadis, Sabar, Knock Me Out, Bawalah Cintaku, Dia Dia, Cinta Dua Hati, Heaven, Bukan Cinta Biasa, Panah Asmara dan  lagu Terima Kasih Cinta sebagai penutup konsertnya pada malam berkenaan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest