Connect with us

Konsert

Konsert Kesuma Jiwa Satukan Dayang Nurfaizah & Rizalman

Wow lain macam birthday boy ni!

Published

on

Baru beberapa hari lepas, pereka fesyen Rizalman telah nemuat naik satu video memaparkan dirinya bersama penyanyi Dayang Nurfaizah sedang “miming” lagu duet Datuk Ahmad Jais & Datin Rafeah Buang, berjudul Selasih Ku Sayang.

Hari ini, mereka berdua tampil memuat naik beberapa keping foto dengan kepsyen memaklumkan tiket konsert bertajuk Kesuma Jiwa yang akan mula dipasarkan menerusi dalam talian pada 27 Oktober ini.

View this post on Instagram

Seperti yang di janjikan, inilah tarif harga tiket ke persembahan konsert KESUMA JIWA serta kedudukan tempat duduk bersesuaian. Nantikan IG Live pada 27hb Oktober pada pukul 12 tengahari bagi mengetahui cara2 serta kengkangan dalam proses pembelian tiket ini bagi memberikan keadilan pada semua pihak peluang memilikinya tanpa ada sebarang penganiayaan kelak. Sebahagian hasil penjualan tiket ini akan di sumbangkan ke TAFF (Tunku Azizah Fertility Foundation) yang mana KBDYMM SPB Raja Permaisuri Agong bakal Mencemar Duli berangkat sama. Intipati pementasan ini penuh dengan kepelbagaian emosi jenaka,suka dan duka.. jadi sila lah bawak tishu siap siap kerana Bila Irama Ku Berpesan. . . Marilah kita sama berdoa agar di panjang kan umur serta di lapang kan segala bentuk rezeki dan di permudahkan segala urusan untuk sampai kepada tarikh itu dan waktu selanjutnya. . . . *sajala nk bgtau… 28/10/19 tu haghijadi cekk.. tak payahlah susah2 nak bg hadiah ka apa ka apa ka. . . . #kesumajiwa2020 www.myticket.asia

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Poster yang ditulis menggunakan tulisan jawi tersebut turut menyatakan harga tiket mengikut tempat duduk, selain lokasi bagi konsert itu yang bakal diadakan di Istana Budaya.

Rizalman turut mengingatkan pengikutnya agar mengikuti sesi IG Live pada 27 Oktober ini agar proses pembelian tiket ini dapat berjalan dengan lancar, serta supaya semua pihak berpeluang untuk memiliki tiket masing-masing tanpa sebarang penganiayaan.

Dalam pada masa yang sama, Rizalman turut memberitahu sebahagian daripada hasil jualan tiket ini akan disumbangkan ke TAFF (Tunku Azizah Fertility Foundation). Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandarian turut bakal mencemar duli berangkat ke lokasi tersebut.

 

Sumber daripada: Instagram Rizalman71

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest