Connect with us
You Da Boss

Konsert

Konsert Repvblik And Friends December Ini!

Konsert berkenaan akan dirancakkan lagi dengan penampilan Andmesh Kamaleng dan Floor 88.

Published

on

Kumpulan popular Indonesia, Repvblik bakal mengadakan Konsert Repvblik and Friends di Kuala Lumpur pada 18 Disember dan Johor Bahru pada 20 Disember depan.

Band yang cukup popular dengan lagu Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga itu menjanjikan persembahan yang menghiburkan.

“Sememangnya kami teruja dan tidak sabar menghiburkan peminat di Malaysia. Kami menjanjikan persembahan hebat yang akan menjadi memori indah buat mereka,” kata vokalisnya, Ruri ketika ditemu bual wartawan, Ardini Sophia Sina.

Menariknya, konsert berkenaan akan dirancakkan lagi dengan penampilan Andmesh yang terkenal dengan lagu Cinta Luar Biasa dan Floor 88.

“Diharap peminat juga menanti-nantikan persembahan kami. Tidak banyak yang kami dapat kongsikan kerana mahu ia menjadi kejutan pada malam itu nanti,” ujarnya lagi.

Selain Ruri, kumpulan Repvblik turut dianggotai oleh Hexa (gitar), Lavy (bass), Ei (gitar utama), Tyra (keyboard, backup vokal) dan Randy (drum).

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest