Connect with us

Konsert

Konsert Solo M Nasir Tambah Satu Malam Lagi

Aura M Nasir masih berbisa!

Published

on

Konsert M Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan pada 23 November ini ditambah satu malam lagi atas permintaan ramai.

Bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tiket persembahan malam kedua pada 24 November itu akan dijual mulai jam 10 pagi hari ini.

“Alhamdulillah, atas permintaan ramai, penganjur bersetuju menambah satu lagi malam persembahan. Mungkin kerana peminat sudah lama tidak menyaksikan konsert solo saya, jadi ramai enggan melepaskan peluang itu.

“Sebelum ini, ramai yang sedih dan mengeluh apabila tiket konsert habis dijual. Saya berharap, persembahan selama dua malam itu akan meninggalkan kenangan manis bagi meraikan 40 tahun perjalanan saya dalam industri muzik,” kata M Nasir.

Minggu lalu, pelantun lagu Mentera Semerah Padi itu mengumumkan tiket konsertnya habis terjual menerusi laman Twitter.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest